Jumaat, 31 Julai 2009

TIP KESELAMATAN ICT

1) Rahsiakan kata laluan


Gunakan kata laluan yang kukuh melalui gabungan nombor, huruf, tanda dan simbol.
Jangan berkongsi kata laluan dengan kawan-kawan.
Simpan kata laluan di tempat yang selamat.Jangan menampal kata laluan di merata tempat cth: Monitor, Keyboard dan lln.
Kata laluan menima mestilah 8 aksara.
Tukar kata laluan setiap 5 bulan.


2) Salin Maklumat Penting


Buat salinan dan simpan di tempat yang selamat.
Selalu membuat salinan pada CD,Tape atau Cakera Liut.
Simpan maklumat yang penting pada lokasi kedua pemacu D: selain lokasi Pemacu C: atau file system Windows.
Membuat salinan Email,Document,Excel atau Database.
Jikalau sebarang kerosakkan atau masalah pada komputer atau Cakera keras, maklumat atau data yang penting dapat diselamatkan.


3) Gunakan perisian anti-virus


Pastikan computer anda terdapat perisian antivirus! Perisian antivirus direka untuk mengesan Virus,Adware,Trojan dll dalam sistem komputer.
Sentiasa kemaskini definasi virus dan perisian antivirus.Ini membolehkan ia dapat mengesan virus yang terkini.
Pastikan definasi virus sentiasa dikemaskini setiap hari. Jikalau definasi virus tidak dikemaskini, perisian antivirus tersebut tidak dapat mengesan virus yang terkini.
Jauhi komputer anda dari serangan virus.
Perisian Antivirus USM : Symantec Antivirus V 10 untuk Windows XP,2000 dan 2003. Symantec Antivirus V 8.1 untuk Windows 98.


4) Kemaskini Windows “ Patches “


Sentiasa membuat kemaskini windows apabila dikeluarkan oleh Microsoft.
Membuat kemaskini Windows secara Automatik.


5) Berwaspada apabila memuat turun program atau fail dari Internet


Jangan sesekali memuat turun file atau program yang tidak anda ketahui.
Jikalau sesuatu proram atau message muncul pada tertingkap secara tiba-tiba, jangan sesekali membuka atau simpan program tersebut.


6) Jangan buka e-mel dari penghantar yang tidak dikenali


Berhati-hati apabila membuka email.
Terus delete jika anda menerima email daripada penghantar yang tidak dikenali.
Jangan membuka email daripada orang yang anda kenali atau yang anda tidak kenali yang mengandungi attachment atau Subject email ynag tidak berkaitan dengan kerja.
Mereka yang selalu menerima dan mengforward email-email yang tidak berkaitan dengan urusan pejabat, harap dapat mengurangkan aktiviti tersebut


7) Jangan biarkan computer anda berada atas talian jika tidak digunakan


Apabila kita berada di atas talian Internet, kita berada dia atas talian dua hala.Kita menghantar dan menerima maklumat masa yang sama.
Seseorang boleh mendapat capaian dari computer kita , jikalau kita tidak memutuskan talian internet.


8) Log Off Komputer anda sebelum keluar pejabat
Sentiasa Log Off computer jikalau anda tiada dalam bilik atau pejabat.
Jangan membenarkan orang lain menggunakan komputer anda tanpa kebenaran anda.

Tiada ulasan: