Jumaat, 31 Julai 2009

Perkhidmatan Keselamatan ICT - Kecurian Identiti

Perkhidmatan Keselamatan ICT - Kecurian Identiti:

"Kecurian identiti berlaku apabila seseorang menggunakan maklumat peribadi anda, seperti nama, hari lahir, nombor telefon, atau nombor kad kredit, tanpa kebenaran anda, untuk menjalankan penipuan atau jenayah lain.

Penting untuk melindungi maklumat peribadi anda, dan untuk mengambil tindakan pantas bagi mengurangkan potensi kerosakan daripada kecurian identiti jika maklumat anda didedahkan secara tidak sengaja atau memang dicuri:


Berikut adalah tip untuk melindungi maklumat anda:


Berhati-hati semasa memberi maklumat peribadi di dalam laman web, e-mel, sistem permesejan segera, bilik bual atau pada papan mesej, terutamanya apbila anda tidak pasti. Anda berhak menanyakan mengapa dan bagaimana maklumat itu digunakan.


Baca pernyataan privasi.


Tutup akaun kad kredit yang meragukan serta-merta.


Awasi penyata kad kredit anda. Ingat bahawa aktiviti penipuan mungkin tidak akan muncul serta-merta.


Bincang dengan institusi kewangan anda mengenai aktiviti yang ganjil pada akaun anda.


Hubungi agensi kerajaan yang berkaitan untuk membatalkan dan menggantikan sebarang lesen memandu atau kad pengenalan diri yang hilang.


Perhatikan tanda-tanda kecurian identiti: bil yang hilang atau lambat sampai, menerima kad kredit yang anda tidak mohon, ditolak kredit atau ditawarkan terma yang kurang menguntungkan tanpa sebab-sebab yang jelas, atau dihubungi pemungut hutang atau orang lain mengenai pembelian yang anda tidak buat.


Jangan hantar gambar anda sendiri, gambar rakan atau keluarga anda kepada seseorang yang anda temui atau berbual dalam talian.

AKSES WAYARLES - KESELAMATAN ICT

Akses Internet wayarles boleh memberikan anda kemudahan dan kegerakan. Tetapi terdapat langkah yang anda perlu ambil untuk melindungi rangkaian wayarles anda dan komputer yang ada padanya.


Berikut adalah beberapa tip untuk akses wayarles yang selamat:


Gunakan penyulitan untuk mencampuradukkan komunikasi menerusi rangkaian. Jika anda ada pilihan, gunakan penyulitan Akses Terlindung Wi-Fi (WPA) kerana ia lebih kuat daripada penyulitan Privasi Kesamaan Terwayar (WEP).


Gunakan perisian anti-virus dan anti-spyware, dan firewall.


Kebanyakan router wayarles mempunyai mekanisme yang dinamakan penyiaran pengenalan. Matikannya supaya komputer anda tidak akan menghantar isyarat ke sebarang peranti di sekitarnya untuk mengumumkan kehadirannya.


Tukar pengenalan pada router anda daripada lalai supaya penggodam tidak boleh menggunakan pengenalan lalai bagi pengilang untuk cuba mengakses rangkaian anda.


Tukar kata laluan pratetap pada router anda bagi pentadbiran kepada sesuatu yang anda sahaja tahu. Lebih panjang kata laluannya, lebih susah untuk dibuka.


Benarkan hanya komputer yang tertentu untuk mengakses rangkaian wayarles anda.


Matikan rangkaian wayarles anda apabila anda pasti tidak akan menggunakannya.


Jangan menganggap 'hot spot' awam adalah selamat. Anda mungkin mahu menganggap orang lain dapat mengakses sebarang maklumat yang anda lihat atau hantar ke rangkaian wayarles awam."

TIP KESELAMATAN ICT

1) Rahsiakan kata laluan


Gunakan kata laluan yang kukuh melalui gabungan nombor, huruf, tanda dan simbol.
Jangan berkongsi kata laluan dengan kawan-kawan.
Simpan kata laluan di tempat yang selamat.Jangan menampal kata laluan di merata tempat cth: Monitor, Keyboard dan lln.
Kata laluan menima mestilah 8 aksara.
Tukar kata laluan setiap 5 bulan.


2) Salin Maklumat Penting


Buat salinan dan simpan di tempat yang selamat.
Selalu membuat salinan pada CD,Tape atau Cakera Liut.
Simpan maklumat yang penting pada lokasi kedua pemacu D: selain lokasi Pemacu C: atau file system Windows.
Membuat salinan Email,Document,Excel atau Database.
Jikalau sebarang kerosakkan atau masalah pada komputer atau Cakera keras, maklumat atau data yang penting dapat diselamatkan.


3) Gunakan perisian anti-virus


Pastikan computer anda terdapat perisian antivirus! Perisian antivirus direka untuk mengesan Virus,Adware,Trojan dll dalam sistem komputer.
Sentiasa kemaskini definasi virus dan perisian antivirus.Ini membolehkan ia dapat mengesan virus yang terkini.
Pastikan definasi virus sentiasa dikemaskini setiap hari. Jikalau definasi virus tidak dikemaskini, perisian antivirus tersebut tidak dapat mengesan virus yang terkini.
Jauhi komputer anda dari serangan virus.
Perisian Antivirus USM : Symantec Antivirus V 10 untuk Windows XP,2000 dan 2003. Symantec Antivirus V 8.1 untuk Windows 98.


4) Kemaskini Windows “ Patches “


Sentiasa membuat kemaskini windows apabila dikeluarkan oleh Microsoft.
Membuat kemaskini Windows secara Automatik.


5) Berwaspada apabila memuat turun program atau fail dari Internet


Jangan sesekali memuat turun file atau program yang tidak anda ketahui.
Jikalau sesuatu proram atau message muncul pada tertingkap secara tiba-tiba, jangan sesekali membuka atau simpan program tersebut.


6) Jangan buka e-mel dari penghantar yang tidak dikenali


Berhati-hati apabila membuka email.
Terus delete jika anda menerima email daripada penghantar yang tidak dikenali.
Jangan membuka email daripada orang yang anda kenali atau yang anda tidak kenali yang mengandungi attachment atau Subject email ynag tidak berkaitan dengan kerja.
Mereka yang selalu menerima dan mengforward email-email yang tidak berkaitan dengan urusan pejabat, harap dapat mengurangkan aktiviti tersebut


7) Jangan biarkan computer anda berada atas talian jika tidak digunakan


Apabila kita berada di atas talian Internet, kita berada dia atas talian dua hala.Kita menghantar dan menerima maklumat masa yang sama.
Seseorang boleh mendapat capaian dari computer kita , jikalau kita tidak memutuskan talian internet.


8) Log Off Komputer anda sebelum keluar pejabat
Sentiasa Log Off computer jikalau anda tiada dalam bilik atau pejabat.
Jangan membenarkan orang lain menggunakan komputer anda tanpa kebenaran anda.